AGENDA

Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah

18 Jul 2024, 5:58 AM
Jawatankuasa kaji bahan cemar baharu akan diwujudkan - Fadillah

KUALA LUMPUR, 18 JULAI: Satu jawatankuasa akan diwujudkan bagi mengkaji secara menyeluruh mengenai bahan cemar baharu termasuk mikroplastik yang berisiko memberi kesan kepada kesihatan manusia serta alam sekitar di negara ini, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata jawatankuasa itu berfungsi untuk mengenal pasti bahan cemar baharu serta meneliti tindakan yang boleh diambil secara bersepadu dari segi penguatkuasaan dan langkah pencegahan.

"Apakah tatacara operasi piawai (SOP) baharu yang perlu ada supaya apa sahaja standard yang ada sekarang ini mungkin tidak mampu lindungi atau cover bahan-bahan baharu yang mencemar keadaan kita.

"Jadi kita kena tambah baik dan ini akan dilaksanakan secara bersepadu di bawah jawatankuasa ini yang bakal kita wujudkan nanti," kata beliau yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air itu pada sesi Waktu Pertanyaan-Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjawab soalan tambahan Datuk Abdul Khalib Abdullah (PN-Rompin) yang ingin tahu sama ada Kementerian Peralihan Tenaga dan Transformasi Air (PETRA) dengan Institut Penyelidikan Air Kebangsaan Malaysia (NAHRIM) telah mengkaji keperluan membangunkan undang-undang khusus dalam menangani isu pembuangan dan pencemaran plastik.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619