AGENDA

Juara dunia e-sukan Selangor Red Giants diberi sambutan wira di KLIA

17 Jul 2024, 3:39 AM
Juara dunia e-sukan Selangor Red Giants diberi sambutan wira di KLIA
Juara dunia e-sukan Selangor Red Giants diberi sambutan wira di KLIA
Juara dunia e-sukan Selangor Red Giants diberi sambutan wira di KLIA

SEPANG, 17 JULAI: Selangor Red Giants (SRG) menerima sambutan wira sebaik tiba di tanah air sebentar tadi, susulan kejayaan menjuarai aksi antarabangsa e-sukan di Riyadh, Ahad lalu.

Sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) tepat jam 9 pagi tadi, pemain SRG diraikan dengan sorakan lebih 100 peminat yang setia menanti sejak awal pagi.

Mereka juga sempat bersalaman, berswafoto dan memberi autograf kepada orang ramai dan kelab penyokong dikenali sebagai ‘La Familia’ SRG, yang teruja menyambut kemenangan mereka.

[caption id="attachment_652602" align="aligncenter" width="722"] EXCO Belia dan Sukan Najwan Halimi bergambar bersama pemain pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang di Riyadh, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

Juara dunia dalam kejohanan Mid Season Cup Mobile Legend Bang Bang (MLBB) 2024 turut meluangkan masa beberapa minat untuk sesi sidang media khas sebelum beredar meninggalkan KLIA.

Turut hadir menyambut ketibaan pasukan itu ialah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Adam Adli, EXCO Sukan Najwan Halimi dan Pengarah Eksekutif Majlis Sukan Negeri (MSN) Selangor Mohamad Nizam Marjugi.

Dalam pada itu, EXCO Sukan Najwan Halimi berkata Kerajaan Negeri akan menimbang untuk memberi insentif kepada pemain SRG susulan kejayaan membanggakan di Amazon Arena Riyadh, Arab Saudi.

“Untuk pemberian insentif, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) akan bincang mengikut kesesuaian dan keperluan.

“Ganjaran yang diterima pemain hasil kemenangan amat besar tetapi Kerajaan Negeri akan terus menyokong pembangunan ekosistem e-sukan melalui anak-anak syarikat Selangor,” jelasnya.

[caption id="attachment_652604" align="aligncenter" width="775"] Penyokong menunggu ketibaan pasukan Selangor Red Giants (SRG) yang menjuarai kejohanan Mid Season Cup (MSC) Mobile Legend Bang Bang di Riyadh, Arab Saudi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang pada 17 Julai 2024. Foto REMY ARIFIN/MEDIA SELANGOR[/caption]

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619