AGENDA

Kaedah bersasar tangani kemiskinan mutlak, relatif

4 Jul 2024, 8:10 AM
Kaedah bersasar tangani kemiskinan mutlak, relatif

SHAH ALAM, 4 JULAI: Masalah kemiskinan mutlak berkurangan dari 0.7 kepada 0.5 peratus hasil usaha berterusan bagi mengatasi isu berkenaan secara bersasar, kata Dato' Menteri Besar.

Namun, Dato' Seri Amirudin Shari menyifatkan tahap kemiskinan sedemikian yang mencatat 1.5 peratus pada 2022 masih tinggi berbanding sasaran 0.5 peratus menjelang 2025.

"Kerajaan Negeri sedar terdapat cabaran yang perlu dihadapi untuk mencapai sasaran dan sedang berusaha keras untuk memperbaiki keadaan sosioekonomi semua lapisan masyarakat," katanya.

Beliau berkata demikian sewaktu membentang Kajian Separuh Penggal Rancangan Selangor Pertama (RS-1) di Dewan Negeri Selangor hari ini.

Menjelaskan kemiskinan relatif petunjuk penting dalam ekonomi moden, beliau berkata Selangor menyasarkan kadar 11 peratus menjelang 2025 berbanding 14.2 peratus pada 2022.

"Untuk mencapai sasaran, usaha yang lebih bersasar dan bersepadu perlu ditumpu bagi menangani kemiskinan bandar dan luar bandar," katanya.

Amirudin memberitahu Selangor juga mahu lebih banyak usaha bersasar dibuat bagi menangani kemiskinan mutlak dan relatif meskipun Selangor menoktahkan kemiskinan tegar pada 2022.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619