EKONOMI

Central Spectrum meterai MoU dengan perbadanan infrastruktur India

27 Feb 2018, 8:36 AM
Central Spectrum meterai MoU dengan perbadanan infrastruktur India
Central Spectrum meterai MoU dengan perbadanan infrastruktur India

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM, 27 FEB: Central Spectrum Sdn Bhd (CSSB) yang juga pemaju hartanah berpangkalan di Selangor menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Perbadanan Infrastruktur Perindustrian Negeri Telangana (TSIIC).

Kedua-dua pihak bersetuju menjalinkan kerjasama bagi mempromosi hab teknologi dalam bidang sains hayat, bioteknologi, penjagaan kesihatan dan peralatan perubatan melalui memorandum yang dimeterai.

Ketua Pegawai Eksekutif Central Spectrum, Dato' Mahmud Abbas berkata, memorandum itu akan merangkumkan elemen strategik dan melaksanakan promosi yang giat bagi Selangor serta Telangana.

"Kami juga turut menawarkan peluang kepada Telengana untuk menjadi sebahagian daripada Ahli Majlis," katanya, di Hyderabad, India, baru-baru ini.

Pada masa sama, kedua-dua pihak turut mempromosi hab dalam bidang penyelidikan, pra-klinikal, farmaseutikal dan pembangunan peranti.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619