AGENSI

PWS serah sumbangan RM56,270 kepada dua institusi pendidikan 

28 Jun 2024, 6:00 AM
PWS serah sumbangan RM56,270 kepada dua institusi pendidikan 
PWS serah sumbangan RM56,270 kepada dua institusi pendidikan 

SHAH ALAM, 28 JUN: Perbadanan Wakaf Selangor (PWS) menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah berjumlah RM56,270 kepada dua institusi pendidikan baru-baru ini.

Menerusi Facebook rasminya, perbadanan itu memaklumkan sumbangan RM50,000 kepada Sekolah KAFA Integrasi Al Hidayah, Kelana Jaya bagi menaik taraf pejabat, bilik guru dan set siaraya sekolah.

Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Batang Kali menerima RM6,270 bagi pembelian dan pemasangan papan pintar (smart board) di kelas digital sekolah tersebut.

“Semoga sumbangan ini memberi manfaat kepada guru dan pelajar serta menjadikan jariah yang mengalir kepada pewakaf yang menyumbang di PWS sehingga yaumulakhirah,” katanya.

Turut dibuka pada hari penyerahan adalah kaunter wakaf tunai bagi memberi peluang kepada guru melaksanakan ibadah wakaf melalui kaedah potongan gaji, secara terus dan kod QR.

Katanya mereka yang berminat menyalurkan sumbangan wakaf boleh berbuat demikian melalui laman web PWS di https://fpx.wakafselangor.gov.my atau https://infaqpay.my/go/wakafselangor untuk berwakaf tunai.

[caption id="attachment_649766" align="aligncenter" width="1053"] Eksekutif Unit Kutipan dan Agihan Bahagian Korporat PWS (kiri) Ibnu Hubain Abdul Aziz menyerahkan sumbangan wakaf fisabilillah kepada Guru Besar Sekolah Kebangsaan Kampung Kuantan, Batang Kali Rozaiton Abdul Jalil. Facebook Perbadanan Wakaf Selangor[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619