AGENDA

Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang

22 Jun 2024, 12:15 AM
Anggota polis maut van dipandu dihempap pokok tumbang

LAHAD DATU, 21 JUN: Seorang anggota polis berpangkat koperal maut apabila van polis yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di Jalan Gelugor, Felda Sahabat 16, Tungku di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu ACP Dzulbaharin Ismail berkata dalam kejadian 2.30 petang itu mangsa berusia 44 tahun berkenaan meninggal dunia di lokasi kejadian dan mangsa sebelum itu memandu dalam perjalanan dari arah Komtek Sahabat 16 Pasukan Gerakan Am (PGA) menuju ke Pantai Sahabat 16.

"Sebaik tiba di lokasi, sebatang pokok di bahu kanan jalan tiba-tiba tumbang dan menghempap van dipandu mangsa.

“Kejadian itu turut disaksikan seorang lagi anggota polis yang kebetulan sedang menunggang motosikal dari arah bertentangan" katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Dzulbaharin dalam pada itu turut berdukacita dengan kejadian yang menimpa mangsa dan berharap siasatan kes dapat disegerakan bagi memudahkan urusan keluarga mangsa.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619