ADN

Wakil rakyat Balakong sumbang RM9,000 tampung kos baiki bumbung surau

20 Jun 2024, 10:01 AM
Wakil rakyat Balakong sumbang RM9,000 tampung kos baiki bumbung surau

SHAH ALAM, 20 JUN: Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong menyumbangkan RM9,000 bagi menampung kos membaik pulih bumbung Surau An-Nuriah, Taman Cheras Jaya.

Wakil rakyatnya Wayne Ong Chun Wei berkata bumbung surau berkenaan diterbangkan angin dalam kejadian ribut pada 29 Mei.

"Saya telah melawat surau sehari selepas kejadian dan berjumpa dengan ahli jawatankuasa surau dan saya mendapati pengurusan surau ada kekangan kewangan untuk membaiki bumbung ini.

"Saya guna peruntukan DUN untuk baik pulih bumbung secepat mungkin bagi memastikan orang ramai selesa menggunakan surau ini," katanya ketika dihubungi.

Chun Wei berkata bumbung surau berkenaan kini siap sepenuhnya selepas tiga minggu kerja baik pulih dijalankan.

"Semalam, kami telah mengadakan lawatan ke surau dan mendapati bumbung telah siap. Kita harap semua kariah dapat beribadah dengan selesa selepas ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619