AGENDA

Polis tahan suspek kes baling bom petrol di Melaka, Perak

13 Jun 2024, 4:05 AM
Polis tahan suspek kes baling bom petrol di Melaka, Perak

MELAKA, 13 JUN: Seorang lelaki warga tempatan ditahan semalam kerana dipercayai terlibat dalam aktiviti khianat dengan membaling bom petrol di Melaka dan Perak awal bulan ini.

Ketua Polis Melaka Datuk Zainol Samah berkata suspek berusia 25 tahun itu ditahan kira-kira 9 pagi di hadapan sebuah rumah di Taman Kok Liang, Kuala Lumpur, kerana disyaki mempunyai kaitan dengan sindiket pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau along dari negara jiran.

"Tangkapan itu dibuat berikutan laporan polis oleh seorang wanita berusia 38 tahun di Masjid Tanah, Alor Gajah selepas mangsa mendapati kenderaan yang diparkir di hadapan rumahnya terbakar akibat dibaling bom petrol.

"Siasatan awal mendapati suspek berkenaan bekerja dengan sebuah syarikat pinjaman wang dari negara jiran sejak sebulan lepas dan dipercayai turut terlibat dengan satu aktiviti khianat di Sitiawan, Perak," katanya dalam kenyataan hari ini.

Zainol berkata polis juga merampas sebuah kereta jenis Toyota Unser, sebuah telefon bimbit dan sepasang pakaian dalam tangkapan tersebut.

Beliau berkata kes disiasat di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan kerana khianat dengan api yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 14 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619