AGENDA

Keracunan makanan: Lapan individu termasuk pembekal diambil keterangan

12 Jun 2024, 5:47 AM
Keracunan makanan: Lapan individu termasuk pembekal diambil keterangan

KUALA LUMPUR, 12 JUN: Lapan individu diambil keterangan dalam siasatan kes kematian remaja lelaki berusaha 17 tahun dan kanak-kanak perempuan berumur dua tahun disyaki akibat keracunan makanan Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia melibatkan keterangan daripada keluarga remaja dan kanak-kanak berkenaan, serta pembekal makanan kepada sekolah agama terlibat di Gombak, sejak hari kejadian.

Beliau berkata polis juga sedang mengenal pasti individu lain yang mengalami keracunan makanan akibat menjamah makanan pada program yang dianjurkan di sekolah agama berkenaan.

"Polis juga akan memanggil penganjur program, pengetua sekolah dan lain-lain individu yang terlibat dalam penyediaan makanan itu dalam masa terdekat," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Semalam Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Selangor Dr Ummi Kalthom Shamsudin dalam kenyataannya memaklumkan 82 individu yang hadir dalam program berkenaan mengalami gejala berkaitan keracunan makanan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619