SELANGOR

Gerko Fest KUIS, beri pendedahan luar kampus

16 Feb 2018, 8:33 AM
Gerko Fest KUIS, beri pendedahan luar kampus
Gerko Fest KUIS, beri pendedahan luar kampus
Gerko Fest KUIS, beri pendedahan luar kampus

 

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 16 FEB: Seramai 244 penuntut Falkulti Pendidikan Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) menyertai Festival Gerak Kerja Kokurikulum (GERKO) bagi mendapatkan pendedahan secara meluas melalui program luar kampus.

Dekan Fakulti Pendidikan KUIS, Dr Zetty Nurzuliana Rashed berkata, program itu bertujuan memberi peluang kepada pelajar melalui dan menghayati sendiri pengalaman merancang dan melaksanakan aktiviti gerak kerja kokurikulum.

Katanya, penglibatan mahasiswa dan mahasiswi sangat penting bagi mengaplikasikan ilmu penguasaan kokurikulum sebelum ke lapangan sebenar di sekolah kelak.

"Semua pelajar didedahkan dengan aktiviti yang seakan realiti kehidupan yang bakal ditempuh oleh pelajar khususnya dalam bidang perguruan.

"Kesan positifnya, dapat membina generasi bakal guru yang mempunyai semangat tinggi dan tidak mudah mengalah dengan zaman dan era globalisasi sekaligus melengkapkan persediaan diri yang kental dalam menghadapi alam pekerjaan sebagai guru kelak," katanya dalam kenyataan.

Program anjuran kali ke 21 berbentuk Kem Kepimpinan Badan Beruniform serta Kelab dan Persatuan itu berlangsung di Kem El- Azzhar, Banting, baru-baru ini.

Zetty berkata, program itu juga menerapkan elemen dakwah termasuk memastikan bi’ah solehah sentiasa terjaga antara lelaki dan perempuan.

Antara aktiviti dijalankan adalah mendirikan khemah, sukan rakyat, pertandingan memasak, treasure hunt, pertandingan kawad kaki, ice breaking, senaman pagi, tazkirah berantai, qiamullail dan khidmat ummah.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619