AGENDA

14 kontena mengandungi pelbagai barangan terbakar di Pelabuhan Barat

8 Jun 2024, 11:42 AM
14 kontena mengandungi pelbagai barangan terbakar di Pelabuhan Barat

SHAH ALAM, 8 JUN: Sebanyak 14 kontena mengandungi pelbagai barangan perindustrian di Pelabuhan Barat, Pulau Indah, Klang terbakar tengah hari tadi.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Wan Md Razali Wan Ismail berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 1.40 tengah hari dan 24 anggota termasuk pegawai digerakkan bagi mengawal kebakaran.

"Kebakaran melibatkan 14 kontena berukuran 40 kaki (12.2 meter) di lokasi kejadian. Kerja mengalihkan kontena yang terbakar dilakukan pihak Pelabuhan Barat menggunakan kren.

"Antara kandungan dalam kontena berkenaan ialah kertas kraft tidak dilunturkan, mesin basuh, polimer vinil klorida, kayu pain serta peralatan dan acuan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, kebakaran itu yang berjaya dikawal pada 2.39 petang tadi tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619