AGENDA

Bukan bunuh diri, wanita duduk di struktur jejambat tidak sihat mental

8 Jun 2024, 7:47 AM
Bukan bunuh diri, wanita duduk di struktur jejambat tidak sihat mental

KUALA LUMPUR, 8 JUN: Wanita yang duduk di struktur jejambat Bulatan Pahang di sini semalam, yang videonya tular di media sosial, dipercayai mempunyai masalah kesihatan mental dan bukan cuba membunuh diri.

Video berdurasi 1 minit 14 saat itu juga menunjukkan wanita tersebut berjaya diselamatkan oleh orang awam, selain anggota bomba yang bersiap sedia dengan aset jentera di bawah jejambat itu.

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju ACP Mohamad Lazim Ismail dalam kenyataan berkata kejadian berlaku kira-kira 3.15 petang semalam.

"Tiada laporan diterima membabitkan kes ini dan ia bukan kes cubaan bunuh diri. Wanita ini disyaki ada masalah kesihatan mental dan telah diserahkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) untuk rawatan lanjut," katanya.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619