AGENDA

Kerja ganti injap siap jam 7 malam, loji beroperasi sepenuhnya

5 Jun 2024, 1:00 PM
Kerja ganti injap siap jam 7 malam, loji beroperasi sepenuhnya

SHAH ALAM, 5 JUN: Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1 (SSP1) beroperasi sepenuhnya selepas kerja penyenggaraan dan penggantian aset siap dilaksana pada 7 malam tadi.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menjangka pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat mulai 3 pagi, 6 Jun setelah sistem agihan utama bekalan air distabilkan.

"Berikutan kerja penyenggaraan dan penggantian aset di LRA SSP1 antaranya penggantian injap bersaiz 1450mm, yang telah siap dilaksanakan pada 7.00 malam tadi, LRA SSP1 kini telah beroperasi sepenuhnya," maklumnya di Facebook.

Menurut syarikat itu, peratusan pemulihan bekalan air di kawasan terjejas akan mencapai sekitar 20 peratus jam 3 petang esok, diikuti 90 peratus jam 3 pagi pada 7 Jun.

Orang ramai boleh mendapatkan maklumat dari semasa ke semasa menerusi saluran komunikasi rasmi https://waterupdates.airselangor.com/ selain Facebook, Instagram dan X.

Syarikat itu juga boleh dihubungi di talian 15300 atau layari https://www.airselangor.com/.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619