SELANGOR

ADN Sri Muda beramah mesra dengan masyarakat India

11 Feb 2018, 7:32 AM
ADN Sri Muda beramah mesra dengan masyarakat India
ADN Sri Muda beramah mesra dengan masyarakat India

OLEH SABIRAH AZIZ

SHAH ALAM, 11 FEB: Ahli Dewan Negeri Sri Muda, Shuhaimi Shafiei hari ini beramah mesra dengan masyarakat India di Batu 4, Kampung Jawa di sini.

Dalam program mesra rakyat itu, Shuhaimi turut mengambil kesempatan menyampaikan sumbangan keperluan asas kepada kira-kira 70 masyarakat India di kawasan itu.

Shuhaimi berkata, program itu telah dijalankan sejak tahun lepas di enam lokasi berbeza di bawah DUN Sri Muda.

"Melalui program ini, kita telah memberikan bantuan kepada 800 penerima yang diberikan secara berperingkat.

"Diharapkan bantuan ini dapat digunakan sempena sambutan perayaan Ponggal masyarakat India," katanya kepada SelangorKini.

Sementara itu, seorang suri rumah, P. Kanniamah, 44, berkata, pemberian bantuan asas itu memberi manfaat kepada dirinya dan keluarga.

"Saya gembira kerana nasib golongan yang kurang berkemampuan dibantu," katanya.

Bagi K. Valia, 39, bantuan itu dapat meringankan beban kewangannya untuk membeli barang keperluan dapur.

"Bantuan ini telah menjimatkan kos kami sekeluarga. Semoga ia dapat diteruskan pada masa akan datang," katanya.

=EZY=

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619