AGENDA

Anwar ucap tahniah, keputusan Ireland, Norway, Sepanyol iktiraf Palestin tepat

24 Mei 2024, 4:01 AM
Anwar ucap tahniah, keputusan Ireland, Norway, Sepanyol iktiraf Palestin tepat

KUALA LUMPUR, 24 MEI: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengucapkan tahniah kepada kerajaan Ireland, Norway dan Sepanyol kerana berada di landasan sejarah yang tepat, serta berdiri tegak di jalur kemanusiaan dan prinsip keadilan, dalam mengiktiraf negara Palestin.

Anwar berkata niat murni mereka untuk mengiktiraf negara Palestin seperti yang diumumkan semalam, adalah bukti bahawa mereka memperakui hak rakyat Palestin kepada prinsip kedaulatan, maruah dan dalam menentukan nasib dan masa depan sendiri.

"Detik bersejarah ini menggerakkan dunia untuk lebih cepat mencapai dan memperteguh keamanan di benua Timur Tengah. Kepada negara-negara lain yang belum berbuat demikian, fahami fakta ini: bahawa dunia semakin celik kepada aspirasi dan perjuangan warga Palestin.

“Usaha mereka dalam mencari dan menjelmakan keadilan tidak mampu tertahankan lagi. Ayuh bersama di garis ini dalam mengemudi sejarah lantas memungkinkan perubahan yang bermakna buat rakyat Palestin," katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Semalam beberapa media antarabangsa melaporkan bahawa ketiga-tiga negara itu membuat pengumuman akan mengiktiraf negara Palestin secara rasmi mulai 28 Mei.

Laporan oleh media Al Jazeera menyatakan bahawa di peringkat global 143 daripada 193 negara anggota Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengiktiraf sebuah negara Palestin.

-- BERNAMA

 

 

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619