AGENSI

Raja Muda berkenan nobat tiga ikon usahawan OKU Selangor

15 Mei 2024, 10:00 AM
Raja Muda berkenan nobat tiga ikon usahawan OKU Selangor
Raja Muda berkenan nobat tiga ikon usahawan OKU Selangor
Raja Muda berkenan nobat tiga ikon usahawan OKU Selangor
Raja Muda berkenan nobat tiga ikon usahawan OKU Selangor

SUBANG JAYA, 15 MEI: Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menobatkan tiga usahawan orang kurang upaya (OKU) sebagai Ikon Usahawan OKU Selangor.

Tiga peserta itu dinobatkan pada pusingan akhir Liga Usahawan OKU Selangor (SAY LEAD) edisi kelima hari ini mengatasi tujuh peserta lain yang diadili Tengku Amir bersama empat juri lain.

Johan menjadi milik usahawan minuman kesihatan Ahmad Anda Ismail sementara naib johan Mahmud Rasul (kuih raya) dan tempat ketiga Sazman Nazlee Adha Mohd Ali (syarikat fotografi).

[caption id="attachment_643020" align="aligncenter" width="811"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan menyampaikan hadiah kepada pemenang tempat pertama Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) Ahmad Anda Ismail di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Kesemua mereka menerima piala dan sijil pengiktirafan daripada Selangor Youth Community (SAY) serta geran perniagaan berjumlah RM4,000 (juara), RM3,000 (naib juara) dan RM2,000 (tempat ketiga).

Pemenang juga menerima geran perniagaan daripada Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) bernilai RM2,000 setiap seorang.

[caption id="attachment_643015" align="aligncenter" width="766"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah memberi kata semangat kepada peserta Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Selain itu, mereka layak menyertai SAY LEAD+ program bimbingan selama setahun bagi membantu mengembangkan perniagaan melalui akses pasaran baru, pendigitalan perniagaan, pasaran eksport dan reruai percuma.

Program SAY LEAD edisi kelima yang berlangsung sejak Oktober tahun lalu disertai 30 peserta yang menjalani kursus profil keusahawanan, model perniagaan kanvas serta rancangan perniagaan.

Kursus lain adalah penjenamaan dan pendigitalan pemasaran, pengurusan kewangan, sesi perkongsian bersama agensi berkaitan, bengkel dan pembentangan perniagaan.

[caption id="attachment_643017" align="aligncenter" width="811"] DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah berkenan melawat reruai pada Pusingan Akhir Liga Usahawan OKU Selangor edisi kelima (SAY LED) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya pada 15 Mei 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/SELANGORKINI[/caption]

Pusingan akhir liga usahawan OKU Selangor turut diadili empat juri lain iaitu Ketua Bahagian Penasihat dan Pemantauan Perbadanan Usahawan Nasional Berhad (PUNB) Ahmad Daud Abdul Rashid dan Ketua Pegawai Eksekutif Institut Keusahawanan Negara (INSKEN) Muhd Firdaus Azharuddin.

Juri lain, Pengurus Pembangunan Usahawan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Yuzawati Yusof dan Pengurus Besar Koperasi Warga Hijrah Selangor Berhad (KOHIJRAH) Mohamad Syukri Ismail.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619