AGENDA

Skuad hoki wanita mara ke separuh akhir selepas tundukkan Iran 4-2

14 Mei 2024, 2:50 PM
Skuad hoki wanita mara ke separuh akhir selepas tundukkan Iran 4-2

KUALA LUMPUR, 14 MEI: Skuad hoki dalam dewan wanita kebangsaan mara ke separuh akhir Piala Asia 2024 selepas menundukkan Iran 4-2 pada saingan terakhir Kumpulan A di Chonburi, Thailand malam ini.

Terdahulu skuad bimbingan Mohd Rodzhanizam Mat Radzi mengalami kekalahan pertama mereka dalam kejohanan itu kepada Kazakhstan 1-5 di Thailand National Sport University (TNSU) Kampus Chonburi petang tadi.

Dalam misi wajib menang bagi mengesahkan slot separuh akhir, Iran terlebih dahulu membuka jaringan menerusi Ziba Yahyavi pada minit kesembilan sebelum Malaysia menyamakan kedudukan hasil jaringan padang Raja Norsharina Raja Shahbuddin tiga minit kemudian.

Pania Abbasi menyumbat masuk gol padang pada minit ke-18 buat Iran sebelum Malaysia memperoleh tiga gol dalam masa tiga minit perlawanan menerusi Siti Nur Arfah Mohd Nor (22’), Nor Asfarina Isahyifiqa Isahhidun (24’) dan Juliani Mohamad Din (25’).

Menanti skuad negara di separuh akhir ialah antara Indonesia dan Thailand yang bersaing dalam aksi terakhir Kumpulan B malam ini.

Mohd Rodzhanizam dalam kenyataan dikeluarkan Konfederasi Hoki Malaysia (KHM) berkata pemain tidak berputus asa dan bermain mati-matian untuk bangkit mencari kemenangan.

“Untuk aksi separuh akhir, kami akan lakukan analisa ke atas pasukan lawan. Siapa pun lawan kami antara Thailand atau Indonesia, kami akan bersedia sepenuhnya,” katanya.

Semalam, skuad negara memulakan kempen pada kejohanan itu dengan langkah kanan apabila membelasah Vietnam 25-0 diikuti Oman 12-1.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619