AGENDA

Individu cedera dagu akibat terkena tali di Lebuhraya SUKE diminta buat laporan

14 Mei 2024, 8:11 AM
Individu cedera dagu akibat terkena tali di Lebuhraya SUKE diminta buat laporan

KUALA LUMPUR,14 MEI: Polis meminta individu yang mendakwa cedera di dagu akibat ‘terkena’ tali yang dipasang secara melintang di Lebuhraya Bertingkat Sungai Besi-Ulu Kelang (SUKE) menghala ke Plaza Tol Bukit Teratai di sini, tampil membuat laporan.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata pihaknya mengesan satu hantaran berhubung kejadian itu yang tular di media sosial semalam.

"Menerusi hantaran itu, individu tersebut mendakwa dagunya terkoyak akibat terkena tali yang melintang di SUKE selepas susur keluar Taman Kosas menghala ke Tol Bukit Teratai kira-kira 6.30 petang, semalam.

"Pada masa sama, polis Ampang Jaya akan membuat siasatan awal dan perjumpaan dengan pengendali lebuh raya untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Azam berkata, setakat ini pihaknya belum menerima laporan berhubung kejadian dan meminta kerjasama mangsa serta saksi untuk tampil membuat laporan.

Beliau berkata orang ramai dinasihatkan tidak membuat sebarang spekulasi mengenai insiden berkaitan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619