AGENDA

Luka melecur cepat pulih, doktor pakar anggap Faisal istimewa

11 Mei 2024, 7:53 AM
Luka melecur cepat pulih, doktor pakar anggap Faisal istimewa

SHAH ALAM, 11 MEI: Doktor pakar yang merawat luka melecur dialami Faisal Halim menyifatkan pemain bola sepak kebangsaan itu seorang yang istimewa berikutan proses pemulihannya cepat.

Menurut ahli lembaga pengarah Selangor FC, proses pemulihan atlet berusia 26 tahun itu lancar, namun perlu menunggu tiga hari lagi untuk menjalani pembedahan seterusnya, lapor Berita Harian.

Datuk Seri Shahril Mokhtar menjelaskan Faisal atau lebih mesra dipanggil Mickey juga perlu kekal di unit rawatan rapi (ICU) dianggarkan seminggu lagi sebelum dibenarkan pindah ke wad lain.

"Doktor memaklumkan sekarang ini biarlah badan Faisal membuat kerjanya sebelum menunggu masa sesuai menjalani pembedahan seterusnya kerana paling penting mahu memastikan tiada komplikasi.

"Doktor pakar yang merawatnya menganggap Faisal seorang yang istimewa kerana proses pemulihan sangat cepat," katanya seperti dilaporkan portal itu.

Terdahulu, Faisal selesai menjalani pembedahan ketiga membabitkan tatacara pemindahan kulit (skin allograft) kira-kira tiga jam bagi merawat lecur tahap empat yang dialami.

Beberapa bahagian termasuk tangan, belakang badan dan muka pemain itu melecur selepas menjadi mangsa simbah asid sulfurik di sebuah pusat beli belah di Kota Damansara, Ahad lalu.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619