AGENDA

LHDN wujud ciri peranan peguam di portal bayaran cukai

8 Mei 2024, 5:01 AM
LHDN wujud ciri peranan peguam di portal bayaran cukai

PUTRAJAYA, 8 MEI: Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mewujudkan ciri 'peranan peguam' bagi membolehkan golongan itu mengemukakan borang nyata cukai keuntungan harta tanah (BNCKHT) pembayar cukai menerusi e-CKHT di portal MyTax.

LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan ciri itu diwujudkan selaras dengan Seksyen 57A(3) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (ACKHT) 1976.

Menurut agensi yang bertanggungjawab memungut dan mentadbir cukai langsung negara itu, permohonan untuk peranan peguam hanya dibenarkan untuk peguam di bawah firma guaman yang berdaftar dengan Badan Peguam.

Prosedur permohonan peranan peguam boleh dibuat dengan melayari https://mytax.hasil.gov.my/.

“Pemohon perlu log masuk ke MyTax dengan menggunakan nombor MyKad dan kata laluan. Sekiranya tiada Nombor Pengenalan Cukai (TIN), permohonan boleh dikemukakan melalui perkhidmatan e-Daftar di MyTax,” menurut kenyataan itu.

Maklumat lanjut berkaitan perkhidmatan peranan peguam itu boleh didapati daripada manual pengguna yang boleh dicapai pada Portal MyTax https://mytax.hasil.gov.my/ > Panduan Pengguna > Manual Pengguna Permohonan Dan Penamatan Peranan Peguam/Wakil Peguam.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619