AGENDA

Polis serah kepada CAAM siasat pesawat terhempas di Sungkai

5 Mei 2024, 10:40 AM
Polis serah kepada CAAM siasat pesawat terhempas di Sungkai

IPOH, 5 MEI: Polis menyerahkan siasatan berhubung kejadian pesawat Cessna 172N Skyhawk dengan nombor pendaftaran 9M-ADA terhempas berhampiran Felda Gunung Besout, Sungkai, semalam kepada Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

Ketua Polis Daerah Muallim Supt Mohd Hasni Mohd Nasir berkata setakat ini pihak Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU) di bawah Kementerian Pengangkutan masih melakukan siasatan di lokasi kejadian.

"Maklumat awal setakat ini, cuaca berkabus dipercayai menjadi faktor kemalangan.

"Bangkai pesawat masih berada di lokasi dan kerja pengalihan keluar akan diuruskan oleh Layang Layang Flying Academy," katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Beliau berkata kedua-dua mangsa iaitu jurulatih penerbangan Kapten Shahrul Imran Surea, 26, dan pelatih Ho Jia Lee, 20, telah dipindahkan dari Hospital Slim River ke hospital swasta.

Menurutnya Shahrul Imran telah dimasukkan ke sebuah pusat perubatan di ibu negara dan akan menjalani pembedahan pada paha kanan manakala Ho dipindahkan ke hospital swasta di sini.

Pesawat kendalian Layang Layang Flying Academy membawa dua orang yang terselamat dalam kejadian itu, berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Azlan Shah, di sini pada 7.54 pagi, dan Pusat Kawalan Trafik Udara Kuala Lumpur (KLATCC) menerima transmisi maklumat terakhir dari pesawat itu semasa ia berada di Slim River pada 9.35 pagi.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619