AGENSI

PKPS sasar keluar 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun

5 Mei 2024, 1:00 AM
PKPS sasar keluar 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun
PKPS sasar keluar 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun

HULU SELANGOR, 5 MEI: Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menyasar mengeluarkan kira-kira 50 produk jenama Ehsan menjelang hujung tahun ini.

Pengurus kanan pemasarannya Md Fazir Abdul Latif berkata setakat ini terdapat 30 unit penyimpanan stok (SKU) termasuk barangan asas seperti tepung gandum, kordial, bihun, sos tomato, sos tiram, kaya pandan, kaya madu, sardin dan cili giling.

“Kita akan tambah dari semasa ke semasa. Menteri juga sudah arahkan (tambah SKU) supaya dapat memenuhi keperluan rakyat.

“Kita jangka sekurang-kurangnya 50 SKU hingga hujung tahun ini,” katanya ditemui selepas Karnival Kepenggunaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Selangor dan PKPS di sini semalam.

Sebelum ini PKPS mempelawa usahawan dan peniaga sekitar Selangor menjadi pengedar produk jenama Ehsan keluaran PKPS.

Katanya permohonan dibuka kepada peniaga persendirian dan koperasi berdaftar di Selangor.

[caption id="attachment_641063" align="aligncenter" width="900"] Orang ramai mendapatkan barangan asas murah pada Jualan Ehsan Rahmah DUN Kuala Kubu Baharu di Karnival Kepenggunaan KPDN Selangor yang diadakan di Fraser Valley, Kuala Kubu Bharu pada 4 Mei 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619