AGENDA

Polis selesai panggil 14 individu bantu siasatan kes pedofilia babit guru MRSM Tumpat

28 Apr 2024, 3:30 AM
Polis selesai panggil 14 individu bantu siasatan kes pedofilia babit guru MRSM Tumpat

GUA MUSANG, 28 APRIL: Polis telah selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata kesemua mereka dipanggil bagi membantu siasatan kes berkenaan.

Beliau berkata polis juga telah mengenal pasti penulis yang memuat naik hantaran di laman sosial berkait dakwaan berlakunya kes itu.

“Kami masih lagi menunggu laporan perubatan ke atas mangsa kerana dia pernah belajar di MRSM berkenaan dan kertas siasatan akan dihantar kepada pendakwa raya untuk mendapat nasihat,” katanya kepada kepada pemberita selepas Majlis Sambutan Hari Raya di Dewan Tanjung, Ibu Pejabat Polis Daerah Gua Musang, di sini malam tadi.

Sebelum ini, polis memberi jaminan siasatan kes seorang guru MRSM Tumpat yang didakwa melakukan pedofilia terhadap seorang murid lelaki akan selesai dalam tempoh sebulan.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619