SELANGOR

Penyelesaian masalah penduduk DUN Chempaka jadi keutamaan

28 Jan 2018, 9:00 AM
Penyelesaian masalah penduduk DUN Chempaka jadi keutamaan
Penyelesaian masalah penduduk DUN Chempaka jadi keutamaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 28 JAN: Ahli Dewan Negeri (ADN) Chempaka, Dato' Iskandar Abdul Samad menjelaskan pihaknya dan agensi berkaitan memberi penekanan bagi menyelesaikan permasalahan dihadapi penduduk di kawasan DUN berkenaan.

Beliau berkata, kerjasama semua pihak dalam menangani isu itu akan memudahkan lagi segala tindakan demi kebaikan rakyat.

"Saya melahirkan rasa gembira terhadap sokongan dari pelbagai pihak, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan agensi kerajaan.

"Segala permasalahan dan persoalan ditujukan penduduk sekitar akan segera diselesaikan setiap agensi," katanya.

Exco Kerajaan Negeri itu berkata demikian dalam dialog bersama penduduk di Karnival Rakyat di Pangsapuri Merpati A, Pandan Indah, di sini, hari ini.

Dialog itu ialah acara kemuncak dijayakan bersama Pusat Khidmat Masyarakat (PKM) DUN Chempaka, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Pejabat Daerah Hulu Langat, Jabatan Bomba dan polis.

Karnival terbabit dijayakan Majlis Permuafakatan Prihatin Rakyat Selangor (MPRS) dengan kerjasama PKM DUN Chempaka mendapat sambutan meriah di kalangan penduduk sekitar.

Ia menyediakan pelbagai acara menarik untuk disertai kanak-kanak dan ibu bapa serta penduduk.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619