AGENDA

Polis: Penghantar barang maut terjatuh tali air

23 Apr 2024, 3:42 AM
Polis: Penghantar barang maut terjatuh tali air

JERTIH, 23 APRIL: Seorang penghantar barang maut selepas terjatuh ke dalam tali air dan dihanyutkan arus dalam kejadian di Kampung Gerai, di sini malam tadi.

Ketua Polis Daerah Besut Supt Abdul Rozak Muhammad berkata kemalangan sekitar 8 malam itu dipercayai berlaku apabila Wan Muhammad Khuzaimie Abu Sepian, 24, hilang kawalan ke atas motosikal yang ditunggangnya jenis Yamaha Ego LC.

Beliau berkata ketika kejadian Wan Muhammad Khuzaimie sedang menghala ke Kampung Gerai Tua untuk pulang ke rumah keluarganya dari Kampung Layout Gerai.

"Apabila tiba di tempat kejadian beliau telah hilang kawalan sebelum terbabas ke sebelah kanan bahu jalan lalu terjatuh ke dalam tali air.

“Mangsa kemudiannya dihanyutkan arus sejauh satu kilometer dan akibat kemalangan tersebut mangsa telah meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata mayat lelaki itu dibawa ke Unit Forensik Hospital Besut untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619