AGENDA

Didakwa peras ugut RM1,000, dua anggota polis ditahan

20 Apr 2024, 11:20 AM
Didakwa peras ugut RM1,000, dua anggota polis ditahan

JOHOR BAHRU, 20 APRIL: Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.

Timbalan Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) Supt Lim Jit Huey berkata penahanan suspek berusia 33 dan 34 tahun itu, dilakukan sejurus laporan polis diterima daripada lelaki berusia 50 tahun itu pada 11.21 pagi hari sama.

Beliau berkata lelaki terbabit mendakwa telah diperas ugut sebanyak RM1,000 oleh dua anggota tersebut, sekitar 8.40 malam di BSI pada 4 Jan.

“Ujian saringan air kencing dua anggota polis terbabit telah dibuat dan hasilnya mereka negatif daripada penyalahgunaan dadah.

“Kedua-dua suspek direman tiga hari bermula hari ini, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi talian Ibu Pejabat Polis Daerah JBS di 07-2182323 atau Pegawai Penyiasat Muhammad Fadzil Tuan Wil di talian 013-4472909.

Lim dalam pada itu menegaskan pihaknya komited memerangi masalah integriti dan salah laku jenayah melibatkan pegawai dan anggotanya, serta tidak akan berkompromi dan mengambil tindakan tegas kepada pelaku.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619