AGENDA

Motosikal hilang kawalan, lelaki maut tercampak 30 meter dari jejantas

19 Apr 2024, 4:58 AM
Motosikal hilang kawalan, lelaki maut tercampak 30 meter dari jejantas

BALIK PULAU, 19 APRIL: Seorang penunggang motosikal maut selepas tercampak kira-kira 30 meter dari Jejantas Sungai Tiram, Jalan Sultan Azlan Shah di Bayan Lepas, di sini semalam.

Jurucakap polis berkata dalam kejadian pada 4.10 petang, mangsa lelaki berusia 27 tahun yang menunggang sendirian itu sedang dalam perjalanan dari Bayan Baru ke rumahnya di Bayan Lepas.

"Apabila tiba di jejantas itu, motosikal mangsa telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan penghadang jalan dan tercampak ke bawah jejantas.

"Mangsa mengalami kecederaan parah di kepala dan dibawa ke Hospital Pulau Pinang untuk rawatan sebelum dilaporkan meninggal dunia pada 9.45 malam," katanya ketika dihubungi hari ini.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya DSP Jafri Md Zain ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta pengangkutan Jalan 1987.

-BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619