AGENDA

Tiga pemain bola kanak-kanak di Gaza terbunuh dalam serangan Israel

15 Apr 2024, 4:27 AM
Tiga pemain bola kanak-kanak di Gaza terbunuh dalam serangan Israel

BANDAR GAZA, 15 APRIL: Tiga kanak-kanak Palestin yang merupakan pemain di Akademi Al-Wahda di Gaza terbunuh dalam serangan Israel ke atas bandar Deir al-Balah di tengah Semenanjung Gaza, umum institusi sukan itu semalam.

"Kami dilanda kesedihan atas syahidnya pemain Sami Bilal Abu Issa dan Muhammad Bilal Abu Issa dari Akademi Al Wahda,” menurut akademi itu dalam kenyataan, seperti dilaporkan Agensi Anadolu.

Dalam kenyataan berasingan, akademi itu berkata seorang lain pemain Adam Ramez Nabhan terbunuh dalam satu lagi pengemboman Israel pada Jumaat.

Sumber perubatan mengesahkan kepada Agensi Anadolu bahawa pemain Sami Abu Issa, 4, dan Muhammad Abu Issa, 6, yang merupakan adik-beradik, terbunuh dalam pengeboman Israel pada Sabtu yang menyasarkan sebuah rumah kediaman di pusat bandar.

Sumber itu berkata Nabhan, 6, terbunuh dalam satu lagi pengeboman Israel pada Jumaat.

Serangan berterusan Israel di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023, setakat ini mengorbankan lebih 33,700 rakyat Palestin dan mencederakan hampir 76,400 orang menyebabkan kemusnahan besar-besaran dan kekurangan barang keperluan.

Perang Israel menyebabkan 85 peratus penduduk Gaza kehilangan tempat tinggal di tengah-tengah kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan, manakala 60 peratus infrastruktur di wilayah itu rosak atau musnah, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Israel didakwa melakukan pembunuhan beramai-ramai di Mahkamah Keadilan Antarabangsa dan keputusan sementara pada Januari mengarahkan Tel Aviv menghentikan tindakan pembunuhan beramai-ramai dan mengambil langkah-langkah untuk menjamin bantuan kemanusiaan diberikan kepada orang awam di Gaza.

- BERNAMA -ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619