AGENDA

Iran lancar serangan dron secara komprehensif ke atas Israel

14 Apr 2024, 5:30 AM
Iran lancar serangan dron secara komprehensif ke atas Israel

ISTANBUL, 14 APRIL: Iran mengumumkan satu serangan dron secara komprehensif ke atas Israel.

Agensi Anadolu berkata stesen telelevisyen Kerajaan Iran pada Sabtu melaporkan Kor Pengawal Revolusi Iran memulakan operasi serangan dron menyasarkan sasaran di dalam wilayah diduduki Israel beberapa minit sebelum pengumuman itu.

Sebelum ini tentera Israel telah mengumumkan serangan dron itu.

Menteri Luar Iran Abdullahian mengumumkan bahawa negaranya memberi amaran kepada Amerika Syarikat (AS) mengenai serangannya ke atas Israel.

Dalam hantarannya di laman X , Abdullahian berkata beliau telah berbincang dengan rakan sejawatnya dari Belgium, Belanda dan Pentadbiran Greek Cyprus.

“Serangan rejim Israel ke atas Kedutaan Iran di Damsyik dan pelanggaran undang-undang antarabangsa serta Konvensyen Vienna dibincangkan. Saya menyampaikan pendirian negara saya dan menegaskan amaran yang diperlukan telah disampaikan kepada AS,” katanya dalam hantaran itu.

Beliau juga berkata serangan Israel ke atas Gaza turut dibincangkan dengan rakan sejawatnya dari Rusia, Sergey Lavrov.

- BERNAMA-ANADOLU

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619