AGENSI

Sultan Selangor berangkat tunai solat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah

10 Apr 2024, 2:23 AM
Sultan Selangor berangkat tunai solat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah
Sultan Selangor berangkat tunai solat Aidilfitri bersama 5,000 jemaah

SHAH ALAM, 10 APRIL: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menunaikan solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, di sini, bersama 5,000 jemaah sempena sambutan 1 Syawal.

Turut berangkat DYMM Tengku Permaisuri Tengku Norashikin dan Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah, kira-kira jam 8.15 pagi.

Keberangkatan Baginda diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama barisan EXCO Kerajaan Negeri iaitu Najwan Halimi, Borhan Aman Shah, Datuk Rizam Ismail, Dr Fahmi Ngah dan Ir Izham Hashim.

[caption id="attachment_637268" align="alignleft" width="500"] Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan bersalaman bersama rakyat selepas solat sunat Aidilfitri di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada 10 April 2024. Turut sama Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah dan Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Mohd Kamri Kamaruddin, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dan Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim

Pada masa sama, Baginda turut berkenan bertakbir raya bersama jemaah yang hadir sebelum menunaikan solat sunat Aidilftitri.

Sultan Sharafuddin turut berkenan mencemar duli beramah mesra dengan jemaah yang tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Baginda.

Terdahulu, khutbah Aidilfitri bertajuk “Kemenangan di Pagi Syawal”disampaikan oleh Mufti Selangor Datuk Dr. Anhar Opir.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619