AGENDA

Suami isteri maut, lapan termasuk bayi, kanak-kanak cedera kereta bertembung

7 Apr 2024, 9:34 AM
Suami isteri maut, lapan termasuk bayi, kanak-kanak cedera kereta bertembung

IPOH, 7 APRIL: Suami isteri maut, lapan lagi termasuk seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki cedera selepas dua kereta bertembung di Jalan Raya Timur Barat berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Banjaran Titiwangsa, Gerik-Jeli, hari ini.

Tiga kanak-kanak berkenaan berada dalam kereta Proton Persona yang dinaiki suami isteri itu dan lelaki yang maut dipercayai veteran tentera berusia lingkungan 40-an manakala isterinya berusia 30-an.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak, Sabarodzi Nor Ahmad berkata individu yang menaiki kenderaan Toyota Innova terdiri seorang lelaki dan empat wanita.

Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasaan pada jam 12.23 tengah hari, 13 anggota dan jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik bergegas ke lokasi.

"Kemalangan melibatkan Toyota Innova dinaiki seorang lelaki dan empat wanita yang bertembung dengan Proton Persona dinaiki suami isteri yang maut bersama seorang bayi perempuan dan dua kanak-kanak lelaki," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurutnya setibanya di lokasi mangsa sudah pun dikeluarkan dan anggota bomba membantu pihak perubatan menguruskan mangsa.

"Mangsa dihantar ke Hospital Gerik menggunakan ambulans Kementerian Kesihatan, ambulans Angkatan Pertahanan Awam (APM) dan Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) JBPM," katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619