NASIONAL

Selesai segera isu pendidikan kanak-kanak tanpa status

17 Jan 2018, 3:58 AM
Selesai segera isu pendidikan kanak-kanak tanpa status

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 17 JAN: Kementerian Pelajaran diminta menyelesaikan masalah sekatan pendidikan kanak-kanak tanpa status kewarganegaraan seperti jaminan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Pengarah Eksekutif Suara Rakyat Malaysia (SUARAM), Sevan Doraisamy berkata, kenyataan Ahmad Zahid berhubung kebenaran kanak-kanak menghadiri sesi persekolahan berbeza dengan Jabatan Imigresen yang menafikannya.

"SUARAM terkejut tiada tindakan daripada Kementerian Pelajaran bagi menyelesaikan isu ini walaupun jaminan Ahmad Zahid bahawa kebenaran diberikan kepada kanak-kanak menghadiri sekolah ketika permohonan status mereka sedang diproses.

"Namun, kenyataan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Seri Mustafar Ali dengan jabatannya tidak mengeluarkan sebarang pekeliling menggambarkan perkara ini ditolak.

"Malaysia mempunyai kewajipan melindungi hak kanak-kanak tanpa mengira status dan asal mereka kerana ia termaktub di bawah Perkara 28(1)(a) konvensyen mengenai Hak Kanak-Kanak mendapatkan pendidikan disediakan kerajaan," katanya.

Beliau berkata, seharusnya tiada alasan bagi menafikan hak seorang kanak-kanak yang dilahirkan di negara ini dan dibesarkan ibu bapa warga Malaysia semata-mata kerana kegagalan kerajaan menangani isu kewarganegaraan.

"Kementerian Pelajaran perlu mengeluarkan arahan segera bagi mencari penyelesaian berkenaan perkara ini," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619