PBT

Insentif RM500 buat peniaga bazar rekod transaksi tanpa tunai tertinggi

1 Apr 2024, 5:47 AM
Insentif RM500 buat peniaga bazar rekod transaksi tanpa tunai tertinggi

SHAH ALAM, 1 APRIL: Maybank menawarkan insentif sehingga RM500 kepada enam usahawan bazar Ramadan Taman Melawati yang merekod jumlah transaksi tanpa tunai dan nilai penjualan tertinggi.

Tawaran dengan kerjasama Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) turut menyediakan subsidi RM2 kepada pengunjung dengan pembelian minimum RM10 tertakluk terma dan syarat.

Menerusi kenyataan, pihak berkuasa tempatan (PBT) itu memaklumkan usaha berkenaan selari matlamat pembangunan lestari untuk menghidupan kerjasama global demi pembangunan bandar mampan.

"Istimewa tahun ini, MPAJ bersama Maybank dan FGV Holdings menjayakan bazar Ramadan tanpa tunai untuk menjadikan Ampang Jaya sebagai Bandar Digital Berdaya Huni menjelang 2025.

"(Usaha juga selari) konsep mendigitalkan usahawan di Selangor untuk menggalakkkan transaksi

bebas tunai dalam urusan jual beli," kata PBT itu.

Pada masa sama, MPAJ berkata peniaga ditaja khemah dan apron serta harga promosi minyak masak, krimer, santan dan marjerin sebagai kemudahan menyediakan jualan juadah berbuka.

Untuk rekod, Jabatan Pelesenan dan Pembangunan Usahawan MPAJ meluluskan 835 lesen sementara bazar Ramadan di 16 lokasi pentadbirannya, termasuk 128 petak di Taman Melawati.

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619