SELANGOR

Tumpu isu paip pecah di Bukit Gasing

16 Jan 2018, 8:43 AM
Tumpu isu paip pecah di Bukit Gasing
Tumpu isu paip pecah di Bukit Gasing

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 JAN : Pengurusan Sumber Air Selangor (JPK-SAS) disaran memberi tumpuan terhadap isu pembaikan masalah paip pecah di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Gasing.

Ahli Dewan Negeri kawasan itu, Rajiv Risyakaran berkata, sekurang-kurangnya 30 lokaliti spot paip pecah berterusan dikenalpasti di kawasan itu.

"Saya menerima rungutan penduduk terutamanya di kawasan SS14 membabitkan masalah paip pecah di kawasan penempatan itu.

"Bayangkan masalah berterusan ini terus berlaku dan sedikit sebanyak memberi kesan kepada imej pentadbiran negeri," katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi Taklimat Jawatakuasa Pilihan Khas Pengurusan Sumber Air Negeri Selangor (JPK-SAS), di Bangunan Annexe, pagi tadi.

Sebelumnya, Pengurus Operasi Air Selangor, Ir Abas Abdullah berkata, 84 hotspot melibatkan paip sepanjang 425.7 kilometer (km) dikenalpasti untuk tujuan penggantian paip seluruh negeri.

Beliau berkata, pembaikan itu dilaksanakan dengan jumlah peruntukan keseluruhan sebanyak RM248.7 juta bagi tempoh 2016 hingga 2019.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619