AGENDA

Lima lelaki ditahan disyaki suspek kes pukul polis

24 Mac 2024, 8:37 AM
Lima lelaki ditahan disyaki suspek kes pukul polis

SHAH ALAM, 24 MAC: Polis menahan lima lelaki dipercayai suspek kes pukul seorang anggota polis sehingga maut di sekitar Taman Impian Indah, Balakong kira-kira 10 malam tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata kesemua lelaki tempatan yang berumur antara 19 hingga 23 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kerana dipercayai terlibat dalam kes terbabit.

Beliau berkata mahkamah turut membenarkan reman selama tujuh hari hingga 30 Mac ini bagi kesemua suspek untuk siasatan lanjut.

“Satu kertas siasatan telah dibuka di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika sabit kesalahan boleh dihukum gantung,” katanya menerusi satu kenyataan.

Hussein berkata bedah siasat yang dijalankan terhadap mangsa mendapati punca kematian ialah blunt force trauma to the head.

Katanya, mana-mana pihak yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh menyalurkannya ke mana-mana balai berhampiran atau menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Afiq Farhan Mohd Nor melalui talian 012-2446768.

Terdahulu, Hussein mengesahkan individu yang ditemukan maut kira-kira 3 pagi semalam dipercayai akibat dipukul di Taman Impian Indah, Kajang dekat sini merupakan seorang anggota polis yang berkhidmat dengan Kontinjen Kuala Lumpur.

- BERNAMA

 

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619