AGENDA

PM kutuk serangan semasa konsert hingga 60 maut di Moscow

23 Mac 2024, 12:33 PM
PM kutuk serangan semasa konsert hingga 60 maut di Moscow

KUALA LUMPUR, 23 MAC: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa, keluarga mereka dan rakyat Rusia susulan serangan pengganas di sebuah dewan konsert di Moscow pada lewat hari Jumaat.

Perdana Menteri menerusi hantaran di laman Facebook berkata serangan ganas yang mengerikan dan kejam seperti itu tidak mempunyai tempat dalam dunia yang bertamadun.

“Hakikat bahawa serangan itu berlaku di sebuah dewan konsert utama, yang merupakan pusat budaya, adalah seolah-olah seperti ia telah dirancang dengan begitu rapi untuk mengakibatkan kemusnahan maksimum.

“Selain itu, sebagai seorang Muslim, saya berasa terpanggil untuk menegaskan bahawa kekejaman yang amat keji ini tidak sesekali boleh dikatakan sebagai mewakili Islam atau mana-mana agama. Justeru itu, kita mesti berdiri teguh menentang perbuatan yang membenarkan kejahatan dan kejelikan sedemikian menenggelamkan keamanan serta ajaran mulia agama-agama besar di dunia,” kata beliau.

Susulan itu, Anwar berkata Malaysia sedia menjalin kerjasama dengan semua rakan kongsinya termasuk Persekutuan Rusia untuk bersama-sama menentang keganasan.

Terdahulu, dilaporkan bahawa sekurang-kurangnya 60 orang maut manakala 145 lagi cedera apabila sekumpulan lelaki bersenjata yang tidak dikenali melepaskan tembakan rambang di sebuah dewan konsert di Dewan Bandaraya Crocus.

Insiden itu berlaku semasa konsert kumpulan muzik 'Picnic.'

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619