AGENDA

MB: Penjawat awam perlu miliki sifat daya tahan, bingkas laksana tugas

22 Mac 2024, 2:14 PM
MB: Penjawat awam perlu miliki sifat daya tahan, bingkas laksana tugas
MB: Penjawat awam perlu miliki sifat daya tahan, bingkas laksana tugas

SHAH ALAM, 22 MAC: Dato’ Menteri Besar menitipkan pesanan kepada penjawat awam di Selangor agar sentiasa memiliki sifat berdaya tahan dan bingkas meski berada dalam bulan Ramadan.

Dato’ Seri Amirudin Shari berharap program yang dirancang juga tidak melemahkan penjawat awam dalam melaksanakan tanggungjawab atau tugas hakiki masing-masing.

“Walaupun berdepan pelbagai cabaran kita harus bingkas, bergerak pantas meski dalam keadaan kita berpuasa 12 jam dan tidak ketinggalan kita juga perlu tahan uji dengan cabaran permintaan dan sikap komuniti,” katanya.

[caption id="attachment_634380" align="aligncenter" width="883"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menyampaikan ucapan pada majlis berbuka puasa bersama ketua jabatan dan penjawat awam Selangor di Dewan Raja Muda Musa, Kompleks Belia dan Kebudayaan Selangor, Shah Alam pada 22 Mac 2024. Foto MOHD KHAIRUL HELMY MOHD DIN/SELANGORKINI[/caption]

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Berbuka Puasa Dato’ Menteri Besar bersama Ketua Jabatan dan Penjawat Awam Selangor di Dewan Raja Muda Musa di sini hari ini.

Dalam pada itu, Amirudin berharap pertemuan hari ini dapat mengukuhkan lagi ikatan pimpinan negeri bersama penjawat awam.

“Semoga majlis ini dapat mengukuhkan ikatan persaudaraan dan persamaan yang telah kita gembleng selama ini untuk meneruskan agenda kita pada masa hadapan,” tambahnya.

Terdahulu, kira-kira 1,500 ketua jabatan dan penjawat awam Selangor berbuka puasa bersama Dato’ Menteri Besar.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619