ADN

DUN Bandar Utama agih lembu, kambing untuk masjid, surau komuniti B40

15 Mac 2024, 1:00 AM
DUN Bandar Utama agih lembu, kambing untuk masjid, surau komuniti B40

PETALING JAYA, 14 MAC: Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Utama mengagihkan lembu dan kambing kepada masjid serta surau menjelang Aidilfitri nanti.

Wakil rakyatnya Jamaliah Jamaluddin berkata sumbangan kepada masjid serta surau itu dilakukan setiap tahun mengikut sistem penggiliran.

"Kita peruntukan lembu dan kambing kepada masjid dan surau yang komunitinya berpendapatan rendah (B40) mengikut sistem penggiliran.

"Bagi Ramadan pula, kita akan meneruskan mengedar bubur lambuk kepada rakyat yang dilaksana setiap tahun," katanya ketika ditemui semalam.

Terdahulu, Jamaliah merasmikan Pusat Obstetrik dan Ginekologi Hospital Assunta di sini.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan pihaknya turut menyediakan peruntukan untuk membaiki masjid dan surau.

"Sebenarnya, peruntukan ini sentiasa diagihkan walaupun di luar Ramadan dan masih diteruskan sehingga kini.

"Jika ada permohonan pada waktu Ramadan yang memerlukan segera kita akan agihkan kepada masjid dan surau berkenaan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619