AGENDA

Lelaki ditahan, ubah suai meja jadi tempat simpan pistol

13 Mac 2024, 12:36 PM
Lelaki ditahan, ubah suai meja jadi tempat simpan pistol

KOTA BHARU, 13 MAC: Seorang lelaki yang dikehendaki polis kerana melakukan jenayah kekerasan dan dadah, dengan licik mengubah suai sebuah meja laci kayu supaya hanya boleh dibuka dengan kad akses untuk menyembunyikan dua pucuk pistol.

Lelaki berusia 36 tahun itu ditahan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah D9 di rumahnya di Jalan Long Yunus, Kampung Tanjung Chat di sini, 11 malam tadi.

Ketua Polis Kelantan Datuk Muhamad Zaki Harun berkata pemeriksaan di rumah suspek turut menemukan 54 butir peluru hidup dan sebuah beg yang mengandungi 1,200 pil kuda serta 550 biji pil erimin 5.

"Dari mana dua pucuk pistol suspek peroleh kami akan siasat termasuklah dadah yang ditemukan dalam rumahnya," katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan hari ini.

Beliau berkata hasil saringan air kencing ke atas lelaki yang mempunyai dua rekod jenayah lampau itu disahkan negatif.

Suspek direman enam hari bermula hari ini untuk siasatan di bawah Seksyen 8 Akta Senjata Api Penalti Lebih Berat 1971, Seksyen 8 (a) Akta Senjata 1960 dan Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619