AGENDA

MB: Penjawat awam diseru fahami dasar negeri, kerja berpasukan

10 Mac 2024, 1:50 AM
MB: Penjawat awam diseru fahami dasar negeri, kerja berpasukan

SHAH ALAM, 10 MAC: Penjawat awam Selangor diingatkan supaya bekerja secara berpasukan bagi memastikan dasar negeri dapat dilaksana sebaiknya.

Dato' Menteri Besar berkata perkara itu amat penting kerana pelan yang dirangka perlu digerakkan bersama bukannya dilakukan berseorangan demi kepuasan diri semata.

"Insya-Allah, selepas Aidilfitri saya akan turun bertemu sendiri setiap lapisan penjawat awam supaya dasar negeri difahami. Kita tidak mahu tindakan secara berasingan dan mengambil pandangan kelompok atau pasukan.

"Kita juga tidak boleh melulu meluncur keseorangan dan memecahkan segala kerangka yang dibuat bersama demi memenuhi keperluan atau kepuasan diri," kata Dato' Seri Amirudin Shari.

Beliau berucap merasmikan Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2023 dan Anugerah Jasamu Dikenang (AJD) 2024 Pentadbiran Setiausaha Kerajaan Negeri di Hotel Mardhiyyah & Suites di sini malam tadi.

Amirudin berkata bagi meneruskan momentum kecemerlangan, semangat berpasukan dalam kalangan penjawat awam perlu kekal utuh.

"Sekiranya ada ketua jabatan ada pandangannya sendiri, kita ada ruangan untuk bertemu bukan dengan cara sabotaj atau mendedahkan perkara bukan-bukan kepada pihak tidak berkenaan.

"Hal ini akhirnya akan menyebabkan keseluruhan pelan dirangka gagal yang meninggalkan kesan hari ini atau pada masa depan," katanya.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619