AGENDA

Sempena Hari Wanita, enam ikon sukan terima jam tangan harga RM16,000

10 Mac 2024, 12:15 AM
Sempena Hari Wanita, enam ikon sukan terima jam tangan harga RM16,000

KUALA LUMPUR, 9 MAC: Memang benar mungkin waktu tidak dapat dibeli namun melalui ‘mesin masa’ jiwa enam ikon wanita yang memeriahkan industri sukan negara ini umpama ‘dibeli’ apabila menerima jam tangan berharga RM16,000 bersempena Hari Wanita Antarabangsa.

Inisiatif digerakkan jenama jam terkemuka, Bijoumontre ini adalah bagi menghargai peranan dan sumbangan wira yang mendedikasikan seluruh jiwa dan raga mereka dalam bidang sukan.

Enam penerima jam Bijoumontre edisi ‘Around The World’ ialah Naib Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) Datuk Mumtaz Jaafar (RM 16,000), Setiausaha Agung Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia (Pesaka) Bibi Aishah Golbal Shah (RM16,000) dan Presiden Persatuan Bola Jaring Malaysia (PBJM) Alwiyah Talib (RM16,350).

Turut menerima hadiah berkenaan ialah Ahli Majlis Persekutuan Renang Malaysia (MAS) Mae Chen (RM16,350), bekas atlet gimrama kebangsaan, Afrita Ariany Nasril (RM16,350) dan Ahli Lembaga Persatuan E-sukan Antarabangsa (IESF) Tiffani Lim (RM16,000).

Kesemua mereka diraikan dalam satu majlis di sebuah hotel di sini yang disempurnakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Mira Watch International Ltd., Amy Chow dan Pengarah Omne Connie Gan.

Sementara itu, Afrita Ariany mengucapkan syukur apabila segala pengorbanan serta penat lelah dalam dunia sukan berbaloi dengan penerimaan hadiah berkenaan.

"Saya berbesar hati menerima anugerah malam ini, rasa berbaloi dengan pengorbanan dan ia bukan perjalanan mudah untuk mengejar minat saya dalam sukan. Saya menjadi gimnas selama 18 tahun dan kemudian 24 tahun dalam bidang pengurusan, kejurulatihan, pengadilan dan kini dalam MOM,” katanya kepada Bernama.

Mumtaz, bekas ratu pecut negara era 80-an yang menuai pingat emas acara 100 meter di temasya Sukan SEA Manila 1981, turut menzahirkan perasaan sama apabila beliau masih diingati sehingga kini.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619