AGENDA

Kerajaan ganda usaha perkasa wanita, elak cicir berdepan cabaran sosial

9 Mac 2024, 12:15 AM
Kerajaan ganda usaha perkasa wanita, elak cicir berdepan cabaran sosial

PETALING JAYA, 8 MAC: Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri mahu inisiatif pemerkasaan wanita terus digandakan, supaya mereka tidak tercicir dalam menghadapi cabaran ekonomi dan sosial.

Beliau berkata ramai daripada wanita berhadapan dilema, sama ada untuk meneruskan kerjaya atau berkorban dengan meninggalkan bidang pekerjaan, demi memikul tanggungjawab untuk berbakti kepada keluarga.

“Walaupun wanita mendominasi lelaki di universiti, tetapi hanya 56.2 peratus daripada populasi wanita bekerja, berbanding 81.9 peratus lelaki.

“Wanita dalam lingkungan umur 30 hingga 39 tahun lebih cenderung meninggalkan kerjaya mereka secara tetap kerana komitmen keluarga,” katanya semasa berucap pada Majlis Sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2024, di sini malam ini.

Turut hadir pada majlis sambutan itu Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Dr Noraini Ahmad serta jemaah menteri.

Nancy berkata wanita berumur 60 tahun, merupakan majoriti penerima bantuan kewangan oleh kerajaan kerana tidak mempunyai jaringan keselamatan ekonomi.

Selain itu, beliau berkata Bank Dunia pada minggu ini melaporkan bahawa, sekiranya semua halangan ekonomi bagi wanita dimansuhkan, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara dapat meningkat sebanyak 20 peratus.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619