AGENDA

Bot karam di Kapit, seorang mangsa selamat, empat hilang

7 Mac 2024, 3:05 PM
Bot karam di Kapit, seorang mangsa selamat, empat hilang

SIBU, 7 MAC: Empat penumpang hilang sementara seorang lagi terselamat apabila bot fiber yang mereka naiki, karam di Sungai Batang Baleh berhampiran Sekolah Kebangsaan Lepong Baleh di bahagian Kapit petang tadi ini.

Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Sibu Andy Alie berkata mangsa yang berjaya diselamatkan orang awam dikenali sebagai Moses Ngui, 47, manakala empat mangsa yang hilang dikenal pasti sebagai Iskandar Ibrahim, Jonathan Lambet, Amerson John Nain dan Jack Balan.

Ketika dihubungi Bernama melalui aplikasi WhatsApp malam ini, beliau berkata pihaknya sedang dalam proses mendapatkan butiran lanjut tentang mangsa yang hilang.

Andy berkata panggilan mengenai kejadian itu diterima pada jam 5.25 petang dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, telah tiba di lokasi yang terletak sejauh 13 kilometer itu pada jam 5.45 petang.

“Menurut saksi yang melihatkan kejadian tersebut, ia berlaku sekitar jam 5.00 petang di mana seramai lima penumpang menaiki bot fiber (dilengkapi enjin sangkut) 30 kuasa kuda, semasa kejadian berlaku,” katanya.

Beliau berkata pasukan bomba telah membuat penilaian awal kawasan lokasi, serta mendapatkan maklumat daripada mangsa yang terselamat dan orang awam yang menyaksikan kejadian tersebut.

“Pasukan bomba membuat pencarian di permukaan air dalam radius satu kilometer dari lokasi mangsa terakhir dilihat. Oleh kerana arus kuat dan keadaan beransur gelap, operasi ditangguhkan pada jam 6.50 petang dan akan disambung pada esok hari,” tambahnya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619