AGENDA

Restoran terbakar, pekerja melecur 80 peratus

6 Mac 2024, 11:15 AM
Restoran terbakar, pekerja melecur 80 peratus

KUALA LUMPUR, 6 MAC: Seorang pekerja sebuah restoran melecur hampir 80 peratus di bahagian badan selepas terlibat dalam kebakaran premis berkenaan di Jalan Bangsar Utama 6, di sini, hari ini.

Lelaki berumur 45 tahun itu difahamkan sedang bekerja di bahagian dapur premis ketika kejadian berlaku 11.30 pagi tadi.

Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pantai Wan Mohd Shahrir Azizi Wan Said berkata sembilan jentera bomba dengan 44 anggota digerakkan ke lokasi kejadian selepas pihaknya menerima panggilan kecemasan mengenai insiden pada 11.44 pagi tadi.

Beliau berkata sebaik tiba premis itu didapati hampir 70 peratus terbakar, dan kebakaran dapat dikawal sepenuhnya 12.40 tengah hari.

“Punca kebakaran masih dalam siasatan. Lelaki yang melecur dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk menerima rawatan lanjut,” katanya di lokasi kejadian, di sini hari ini.

Menurut seorang pelanggan yang enggan dikenali, semua pelanggan dan pekerja lain bagaimanapun sempat menyelamatkan diri, selepas kedengaran bunyi letupan di bahagian dapur, sebelum api mulai marak.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619