AGENDA

Tulang dipercayai milik manusia ditemukan di kawasan rumah terbiar

6 Mac 2024, 10:00 AM
Tulang dipercayai milik manusia ditemukan di kawasan rumah terbiar

BATU PAHAT, 6 MAC: Polis menemukan beberapa tulang dipercayai milik manusia di kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah dekat sini pada 11.30 pagi 28 Februari lalu.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat ACP Ismail Dollah dalam kenyataan berkata penemuan itu dilaporkan oleh orang awam dan Pasukan Forensik dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor bergegas ke lokasi.

Beliau berkata pasukan forensik menemukan dua tulang bahagian paha, dua tulang betis dan dua tulang keting yang kemudiannya dihantar ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Februari untuk analisis perbandingan asid deoksiribonukleik (DNA).

“Pihak polis masih menunggu keputusan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Johor dan dijangka proses analisis kimia ini mengambil masa lebih kurang sebulan.

“Pihak polis menasihatkan orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan penemuan ini. Mana-mana individu yang mempunyai maklumat lanjut boleh menyalurkannya ke talian 07-4363 300,” katanya.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619