AGENDA

Menteri: Tiada pindaan akta kawal media dalam talian

1 Mac 2024, 12:17 PM
Menteri: Tiada pindaan akta kawal media dalam talian

PUTRAJAYA, 1 MAC: Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menafikan dakwaan bahawa pihaknya akan meminda Akta Mesin Cetak Dan Penerbitan 1984 untuk mengawal media dalam talian di negara ini.

Beliau berkata memang terdapat perbincangan mengenai akta itu namun hanya membabitkan aspek untuk meningkatkan nilai kompaun berhubung pelanggaran atau salah laku.

"Pindaan berkaitan nak kawal media dalam talian langsung tidak ada dalam radar kami," katanya pada sidang media di sini hari ini sambil menambah setakat ini, tiada cadangan daripada mana-mana pihak untuk tujuan itu.

Saifuddin Nasution turut menafikan bahawa Kementerian Dalam Negeri menentang penubuhan Majlis Media seperti yang dilaporkan hari ini.

"Saya terkejut bila mendapat tahu isu ini dan saya serta Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri (Datuk Ruji Ubi) sudah lihat dan semak bahagian mana yang kita tidak bersetuju, dan tidak pernah ada pendirian kita tak setuju, itu tidak betul," katanya.

Beliau berkata pihaknya tidak mempunyai sebarang bantahan terhadap penubuhan Majlis Media yang akan dibentang di Parlimen pada Jun depan.

Media sebelum ini melaporkkan rang undang-undang berkaitan penubuhan majlis itu sedang disiapkan oleh Jabatan Peguam Negara sebelum dibawa kepada Jemaah Menteri untuk kelulusan dan seterusnya dibentang di Parlimen.

-BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619