AGENSI

Ringan beban golongan asnaf, MBI agih zakat wakalah hampir RM1 juta

24 Feb 2024, 1:50 AM
Ringan beban golongan asnaf, MBI agih zakat wakalah hampir RM1 juta
Ringan beban golongan asnaf, MBI agih zakat wakalah hampir RM1 juta
Ringan beban golongan asnaf, MBI agih zakat wakalah hampir RM1 juta

SHAH ALAM, 24 FEB: Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI menyalurkan zakat wakalah hampir RM1 juta kepada golongan asnaf pada setiap tahun.

Ketua tanggungjawab sosialnya Ahmad Azri Zainal Nor berkata agihan zakat wakalah tersebut melibatkan empat kategori penerima iaitu fakir, miskin, gharimin dan fisabilillah.

“Setiap tahun MBI akan membayar zakat kepada Lembaga Zakat Selangor sebelum ketibaan bulan Ramadan. Tiga perlapan jumlah bayaran akan dipulangkan semula kepada MBI untuk salur zakat wakalah.

“Permohonan zakat oleh pihak masjid, surau dan institusi agama lain akan dibawa ke mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Zakat MBI. Mesyuarat diadakan setiap bulan untuk semakan permohonan yang diterima,” katanya kepada Selangorkini.

[caption id="attachment_630054" align="aligncenter" width="686"] Wakil MBI menyampaikan zakat wakalah kepada keluarga pemandu ambulans Mohamad Anis Tacor, 48, yang terlibat kemalangan jalan raya. Foto MBI[/caption]

Dalam pada itu, Azri memaklumkan MBI semalam menghulurkan RM3,000 zakat wakalah kepada keluarga pemandu ambulans Mohamad Anis Tacor, 48, yang terlibat kemalangan jalan raya pada Februari tahun lalu.

“MBI juga kini dalam proses untuk membantu keluarga mangsa mengemukakan permohonan bantuan zakat bulanan kepada LZS,” katanya.

Sementara itu, isteri kepada penerima bantuan, Aishah Awang, 47, berkata sumbangan itu akan digunakan untuk kos rawatan buat suaminya dan belanja keperluan keluarga.

“Sejak suami saya kemalangan ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di Hospital Tanjong Karang, hanya saya seorang sahaja bekerja. Gaji saya sebagai guru KAFA tidak mencukupi menampung keperluan keluarga, jadi saya hargai sumbangan zakat diberikan MBI.

“Selain kos rawatan, saya perlu menanggung kos perbelanjaan dua orang anak saya yang masih bersekolah. Anak sulung saya terpaksa berhenti dari pengajian di Universiti Teknologi Mara (UITM) Raub untuk menjaga suami saya," katanya.

[caption id="attachment_630056" align="aligncenter" width="686"] Wakil MBI menyampaikan zakat wakalah kepada keluarga pemandu ambulans Mohamad Anis Tacor, 48, yang terlibat kemalangan jalan raya. Foto MBI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619