AGENDA

Pulau Langkawi, Kuala Kangsar antara 10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

17 Feb 2024, 3:11 PM
Pulau Langkawi, Kuala Kangsar antara 10 kawasan catat suhu panas tahap berjaga-jaga

KUALA LUMPUR, 17 FEB: Sepuluh kawasan di seluruh negara merekodkan suhu panas tahap berjaga-jaga sehingga 6 petang tadi, menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Menurut makluman jabatan itu di Facebook hari ini, sembilan kawasan direkodkan di Semenanjung melibatkan Pulau Langkawi, Kota Setar, Yan, Pendang, Pokok Sena, Sik, Baling di Kedah; Seberang Perai Utara di Pulau Pinang dan Kuala Kangsar, Perak manakala Sabah melibatkan daerah Beaufort.

Suhu tahap berjaga-jaga merujuk kepada suhu maksimum harian 35 hingga 37 darjah Celsius sekurang-kurangnya selama tiga hari berturut-turut.

MetMalaysia sebelum ini memaklumkan negara kini berada pada fasa akhir Monsun Timur Laut yang dijangka berterusan sehingga penghujung Mac 2024.

Dalam tempoh itu, litupan awan dan taburan hujan kelazimannya adalah kurang di kebanyakan tempat, terutamanya di kawasan utara Semenanjung termasuk Perak, Pahang dan Kelantan.

Ketiadaan hujan dalam tempoh lama boleh menyebabkan cuaca lebih panas dan kering berbanding kebiasaan.

Cuaca panas yang dialami ketika ini adalah fenomena berulang yang berlaku saban tahun pada setiap Februari hingga Mei dan dalam tempoh ini, suhu maksimum harian boleh melebihi 35 darjah Celsius pada awal petang.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619