AGENDA

MB: Jasa anggota APM Selangor depani bencana amat dihargai

15 Feb 2024, 12:10 PM
MB: Jasa anggota APM Selangor depani bencana amat dihargai
MB: Jasa anggota APM Selangor depani bencana amat dihargai
MB: Jasa anggota APM Selangor depani bencana amat dihargai

SHAH ALAM, 15 FEB: Jasa dan pengorbanan anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor dalam mendepani situasi bencana termasuk banjir besar dan pandemik Covid-19 amat dihargai.

Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berkata pasukan tersebut berperanan besar mengawal situasi bencana termasuk memberi pedoman kepada mangsa yang terjejas.

[caption id="attachment_628811" align="aligncenter" width="728"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bercakap kepada media selepas majlis Perhimpunan Setia APM Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 15 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

"Kehadiran mereka amat signifikan dan memberi kesan yang sangat baik terutama dalam mengawal situasi banjir dan pandemik Covid-19 termasuk memberi pedoman kepada mangsa.

"Kesiapsediaan mereka perlu dan kita akan perkukuhkan lagi dengan unit bencana untuk berdepan sebarang kebarangkalian pada masa depan," katanya ditemui selepas merasmikan Majlis Perhimpunan Setia APM Selangor hari ini.

Terdahulu, majlis yang berlangsung di Dewan Jubli Perak di sini dihadiri kira-kira 500 anggota APM Selangor.

Selaku Pesuruhjaya Kehormat APM, Amirudin turut berterima kasih kepada semua rakan strategik pasukan berkenaan yang banyak membantu menjayakan program, operasi dan penugasan sepanjang tahun lalu.

[caption id="attachment_628809" align="aligncenter" width="784"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor ketika majlis Perhimpunan Setia APM Selangor di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 15 Februari 2024. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619