AGENDA

Pengendali e-dagang perlu banteras jualan peranti perubatan tidak berdaftar

14 Feb 2024, 10:30 AM
Pengendali e-dagang perlu banteras jualan peranti perubatan tidak berdaftar

KUCHING, 14 FEB: Pengendali platform penjualan e-dagang atau dalam talian mempunyai tanggungjawab untuk membanteras penjualan peranti perubatan tidak berdaftar.

Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Lukanisman Awang Sauni berkata setiap peranti perubatan perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Peranti Perubatan (MDA) bagi memastikan kualiti dan keselamatan peranti tersebut.

“Sebarang peranti perubatan yang tidak berdaftar dengan MDA juga tidak boleh diiklankan.

“(Pengendali platform e-dagang) perlu mempunyai satu mekanisme bagaimana untuk mengeluarkan semua posting berkaitan peranti perubatan yang tidak berdaftar daripada platform jualan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus bersama pemain industri peranti perubatan Sarawak di sini, hari ini.

Lukanisman berkata Kementerian Kesihatan (KKM) juga akan meneliti keperluan untuk memperkukuhkan undang-undang sedia ada bagi menangani penjualan peranti perubatan tidak berdaftar.

“Proses pindaan sebarang undang-undang juga akan memerlukan penglibatan Ahli Parlimen untuk membawa sebarang cadangan, kita di pihak KKM juga akan membuat kajian mengenai perkara itu,” katanya.

- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.

Properties
MS: f922288e558c3b7b1d99bd47484377b4
EN: cd68e718a4d41dc8ef70c9d27c60e1f1
ZH: 100cdec69db9bc7fd9f175cab704a072
TA: 7b60ca9b9b7a9838dc33c5db6fb6f38c
TV-MS: 5c53513d790774360d169f98c36ce619